True Story - Puan Nazimah
“Terperanjat saya anak baru umur 4 tahun
dah boleh niat Solat Dhuha sendiri”
– Puan Nazimah
PS : Testimonial ini diperolehi daripada Tadika Little Caliphs dibawah naungan Tadika Khalifah Budiman

Puan Nazimah menghantar anak beliau ke tadika Little Caliphs di bawah naungan Tadika Khalifah Budiman.
Terkejut tak kalau anak kita sekecil 4 tahun dah pandai niat solat ?
Jom kita baca kisah Puan Nazimah.
Assalamualaikum, saya Nazimah binti Mohd Ibrahim
Seorang suri rumah sepenuh masa
Saya ibu kepada NurSorfina yang sekarang berusia 4 tahun
Sorfina boleh saya kategorikan sebagai budak yang sangat suka main, main dan main,
Jadi minat dia untuk belajar dan baca buku agak kurang.

Ada juga beberapa masalah semasa nak pilih tadika untuk Sorfina.
Sebab saya dan suami memang cari tadika yang berkonsepkan islamik.
Kami mahu anak kami dididik ke arah islamik dengan lebih banyak pada permulaan pembesarannya.
Saya dan suami ada pergi ke beberapa tadika untuk buat perbandingan.
Dan kami juga kaji silibus pembelajaran yang setiap tadika berikan.
Bila kami datang Little Caliphs kami tengok cikgu-cikgu disini pun sangat mesra dan ramah .
Penerangan yang mereka berikan mengenai pembelajaran dari awal silibus sampai akhir buat kami faham dan sangat puas hati.
Alhamdulillah, banyak perkembangan yang boleh saya nampak.
Walaupun baru 4 tahun , Sorfina dah boleh membaca
Minat untuk dia belajar pun makin saya nampak
Kreativiti untuk dia melukis dan mewarna dah semakin menonjol
Yang paling saya terperanjat adalah Sorfina dah boleh niat dalam solat dan boleh niat solat Dhuha.
Saya rasa perkembangan pembelajaran anak saya sangat cepat bila ada di Little Caliphs
