Little Caliphs Program - JomDaftarTadika

Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya

Tekan sini! untuk bahasa inggeris.

 

Kami faham ibubapa selalu tertanya-tanya tentang apa yang berlaku di Tadika Little Caliphs, disini kami sertakan beberapa contoh soalan yang kerap ditanya oleh ibubapa yang sangat prihatin.

Sebarang kemusykilan dan  permasalahan berkenaan silibus pelajaran, kaedah, persekitaran, dan juga apa sahaja berkenaan tadika, pihak kami sangat mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami bagi mendapatkan maklumat lanjut. Pakar-pakar kami sentiasa bersedia dengan jawapan untuk setiap soalan anda. InshaAllah   

Boleh terangkan teknik pembelajaran yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak?

Modul Little Caliphs Program akan membuat pembacaan menggunakan "phonic method" dan diikuti dengan mengenali huruf. Proses ini akan bermula dengan LC Buku Siti Cepat Membaca, pembacaan mudah ( habis membaca buku siri cepat membaca 3) dan Little Qari ( bermula Mac/April)

Boleh saya minta kerja rumah untuk anak saya dirumah?

LC tidak akan memberikan kerja rumah untuk anak kecuali jika ada kerja tambahan diperlukan. Semua buku akan ditinggalkan di sekolah dan diberikan setelah selesai digunakan

Apa yang boleh ibubapa lakukan bagi membantu proses pembelajaran anak?

Ibubapa digalakkan melatih anak membaca sekurang-kurangnya 5-10 minit setiap hari menggunakan kaedah LC bagi memastikan proses pembacaan berjalan lancar

Boleh terangkan mengenai jadual di LC?

Semua pelajar perlu berada di tadika sebelum 8.30 setiap hari kerana kami akan melakukan latihan membaca, bahasa melayu, bahasa inggeris dan mengaji sebelum kelas bermula. Kelas tamat pada pukul 12.00/12.30pm.( Isnin- Khamis) dan 11.30 /12.00pm (jumaat). Unutk program penuh akan berlanjut sehingga 5.30pm

Adakah ibubapa perlu bayar lebih jika menghantar anak awal atau mengambil anak lewat?

Penghantaran awal akan dikenakan bayaran RM3 ( sampai sebelum 6.45) dan lambat ambil dikenakan bayaran RM6 (6.00pm)

Bilakah sepatutnya ibubapa membayar yuran bulanan dan adakah diskaun akan terjadi sekiranya anak tidak hadir untuk sebulan penuh?

Yuran bulanan perlu dilaksanakan sebelum 7 haribulan. Boleh diterima dalam bentuk cash, cek ataupun sistem banking online. Tiada pulangan wang diberikan jika anak tidak hadir kecuali pada bulan disember disebabkan oleh penetapan kos bulanan

Bolehkah saya hantar orang lain untuk mengambil anak saya?

Wajib untuk memberitahu teacher terlebih dahulu jika orang yang akan mengambil anak anda itu bukan ibubapa mereka.

Bagaimanakah caranya untuk ibubapa turut serta dengan tadika dan berapa kerap boleh ibubapa melawat tadika ?

Sila datang ke program kami terutamanya "Fast Reading Technique", Parents Teachers Meet Day, dan perjumpaan-perjumpaan yang lain.

Bolehkah ibubapa menemani anak mereka ketika minggu orientasi?

Ibubapa tidak dibenarkan masuk tadika semasa minggu orientasi (selama seminggu), tetapi boleh selepas itu.

Bagaimana untuk tahu mengenai perkembangan semasa mengenai tadika dan maklumat lain?

Ibubapa haruslah sentiasa prihatin dengan memo yang diletak di dalam beg anak anda/ yang diberi oleh guru/ dari "sms" dan lain-lain

Lagi Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya

Apakah harapan anda sebelum menghantar anak anda ke tadika?

  1. Memastikan anak-anak saya boleh berdikari dan mengikut arahan mudah.
  2. Pastikan program-program yang digunakan adalah bersesuaian dengan perkembangan emosi dan personaliti kanak-kanak.
  3. Pengalaman guru mencukupi untuk mengajar anak saya.
  4. teknik membaca , suasana kelas, pendidikan Islam dan juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.
  5. Sama ada tadika akan memberi perhatian penuh kepada anak-anak atau tidak.
  6. Aspek penting seperti keselamatan kanak-kanak, kokurikulum , teknik pengajaran dan juga pencapaian kanak-kanak.
  7. Memastikan bahawa anak saya akan mempunyai ramai kawan-kawan.
  8. Status tadika, sama ada ia didaftarkan di bawah kementerian pendidikan atau tidak.

Masalah-masalah yang ibu bapa tidak mahu hadapi atau mahu elakkan apabila mereka menghantar anak mereka ke tadika.

  1. tindakan kasar yang akan membahayakan kanak-kanak .
  2. Tiada interaksi antara anak saya dan rakan-rakan mereka.
  3. Tiada peningkatan dalam perkembangan akademik kanak-kanak
  4. Anak hilang minat untuk ke sekolah kerana
  5. Kenaikan yuran tadika dan caj lain-lain
  6. Kemalangan, membuli atau tidak diberikan makanan semasa waktunya.
  7. Anak tiada minat untuk ke tadika kerana faktor-faktor tertentu seperti suasana kelas, guru-guru, jadual dan lain-lain
  8. Anak akan hilang keyakinan kerana dia tidak dapat mengikuti pelajaran.

Klik Sini

Klik Sini

Klik Sini