fbpx

JURUTEKNIK BANGUNAN & PENGHAWA DINGIN – (SHAH ALAM / KL)

by helmy

ASL Development Group (M) Sdn Bhd sedang mengembangkan organisasi mencari calon yang berminat untuk bekerja dan memenuhi syarat untuk kedudukan di bawah. Dalam kumpulan anak-anak syarikat, ASL berada dalam industri pendidikan awal kanak-kanak, latihan korporat, peruncitan, percetakan dan lain-lain.

SKOP KERJA :

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan am seperti membaikpulih kerosakan bangunan seperti pintu, tombol, membaiki paip, mengecat, menyimen dan lain-lain pada ruang pejabat dan sekolah.
  • Melaksanakan perkhidmatan dan penyelenggaraan penghawa dingin.
  • Memantau kerja untuk memastikan kualiti dan pematuhan piawaian kerja kontaktor penghawa dingin.
  • Memeriksa fungsi dan status penyaman udara serta membuat rekod.
  • Membawa kenderaan syarikat seperti kereta dan van ke cawangan-cawangan apabila diperlukan.
  • Membantu dalam hal-hal lain yang diperlukan oleh jabatan.

KELAYAKAN :

  • Sekurang-kurangnya memiliki pengalaman kerja selama 2 tahun dalam bidang yang berkaitan.
  • Mempunyai kemahiran dalam bidang penghawa dingin.
  • Mempunyai lesen kenderaan yang masih hidup.
  • Lokasi Pejabat di Shah Alam dan Penang. Perlu ke cawangan-cawangan sekitar Lembah Klang atau cawangan lain di Penang apabila diperlukan.
  • Waktu kerja : Isnin-Jumaat (8.30am – 6.00pm) dan Sabtu (9am – 1pm)
  • Berdisiplin dan menepati masa.
  • Seorang muslim yang amanah dan bertanggungjawab.

FAEDAH :

  • Bonus syarikat.
  • Insurans perubatan.
  • Tuntutan perjalanan.
  • Latihan staf.
  • KWSP, PERKESO, EIS.
  • Cuti tahunan, cuti ganti, cuti khas.
  • Pinjaman syarikat.
  • Aktiviti syarikat yang kerap (Makan Malam Tahunan, Barbeque, Makan Malam Keluarga, Joging, Pertandingan Sukan, dll)
  • Aktiviti melancong syarikat.
  • Lain-lain manfaat syarikat.

Job Types: Full-time, Contract

Salary: RM1,500.00 to RM2,500.00 /month

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.