Home / Little Caliphs News /

7 Tips Mudah Untuk Ajar Anak Solat (Mengikut Umur)

7 Tips Mudah Untuk Ajar Anak Solat (Mengikut Umur)

by admin

Seperti yang kita tahu, solat itu tiang agama dan wajib untuk setiap umat Islam. Jadi, amat penting untuk mengajar anak anak kita solat dari kecil lagi.

Merujuk kepada ashikin hashim, terdapat 7 tips mudah untuk ajar anak solat.

1) Beri Contoh Teladan Yang Baik

Ibu bapa harus membeli contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan selalu hadir ke masjid untuk solat  berjemaah. Tidak meninggalkan waktu solat walaupun sekali untuk memberi contoh yang baik kepada mereka.

2) Wujudkan Suasana Yang Solehah ( Umur 0-2)

Wujudkan suasana yang baik seperti membaca Quran, solat, zikir, dan sebagainya. Walaupun anak anda masih kecil tidak mustahil mereka tidak tahu apa-apa perkara. Banyakkan bacaan Quran untuk anak anda dengar.

3) Ajak Anak ( Umur 2-3)

Ketika umur ini, ajak anak anda untuk solat bersama anda. Dan kalau boleh amalkan untuk selalu berjemaah bersama-sama.

4) Beri Tahu Mengapa Kita Solat? ( Umur 4-6)

Ibu bapa sudah boleh menceritakan kepentingan solat kepada anak anda. Beri tahu kepada mereka kenapa kita kena solat dan sebagainya. Supaya mereka tahu tujuan sebenar mereka solat.

5) Penekanan Dan Tanggungjawab ( Umur 7-9)

Ini adalah tahun pengukuhan dan penekanan untuk anak anda. Waktu ini anak anda seharusnya sudah tahu apa yang perlu dibuat ketika azan, cara mengambil wuduk, pergerakan dan bacaan dalam solat. Walaupun tidak lancer tapi sekurangnya mereka sudah tahu asas.

 

6) Denda Dan Hukuman ( Umur 10 Ke Atas)

Dalam hadith ada menyebut tentang pukul anak jika anak tidak solat ketika umur ini. Tetapi sebelum memukul pastikan anak anda sudah diajar tentang solat dan sebagainya. Dan cara memukul haruslah berpada dan bukan untuk menyiksa.

7) Doa

Tugas terakhir sebagai ibu bapa apabila sudah mengajar dan sebagainya adalah dengan berdoa. Semoga dengan doa Allah akan memberi taufik dan hidayah kepada anak kita untuk melakukan solat.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.