Home / Little Caliphs News /

6 Cara Untuk Memotivasikan Anak Anda

6-cara-untuk-memotivasikan-anak-anda-jomdaftartadika

6 Cara Untuk Memotivasikan Anak Anda

by admin

Menyakinkan anak-anak anda untuk melakukan apa yang mereka tidak mahu lakukan sangat mencabar. Dan menjadikan mereka berhenti melakukan perkara yang anda tidak mahu boleh menjadi lebih sukar.

Di sini ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memotivasikan anak-anak anda.

1. Mempertimbangkan Memberi Ganjaran

Memberi anak-anak ganjaran kadang-kadang boleh menjadi berguna buat sementara waktu untuk memastikan mereka lebih yakin dan semangat untuk belajar sesuatu. Kadang kala ganjaran yang terlalu melampau juga menyebabkan mereka sentiasa mengharapkan sesuatu.

Penyelidik di Universiti Stanford mendapati bahawa apabila kanak-kanak yang seronok melukis dan telah dibayar untuk berbuat demikian, mereka berhenti menggunakan mereka apabila mereka tidak lagi dibayar.

Dalam erti kata lain, sesuatu perkara yang dilakukan itu bukan untuk dipelajari tetapi hanya untuk ganjaran. Jadi, sama ada ibu bapa atau orang lain harus memikirkan perkara ini terlebih dahulu sebelum memberikan ganjaran kepada anak-anak.

2. Sentiasa Ada Perbualan Yang Bermakna

Sesuatu perbualan yang baik dan bermakna boleh memotivasikan diri anak-anak. Secara semula jadi sifat kanak-kanak adalah suka ingin tahu sesuatu. Dan penting untuk ibu bapa menyerapkan dalam diri anak mereka sesuatu yang berguna daripada perbualan mereka.

Selain Perbualan, arahan yang berguna seperti menyuruh mereka membuat sesuatu kerja yang bermanfaat boleh mendorong mereka kepada sifat yang baik seperti kerjasama dan sebagainya.

3. Terima Ketidaksempurnaan Mereka

Kebanyakkan kanak-kanak mempunyai kelemahan apabila melakukan sesuatu kerja yang disuruh. Sesuatu kerja tersebut kadangkala ada yang tidak sempurna dan sebagainya. Sebagai ibu bapa mereka harus mengambil ketidaksempurnaan tersebut sebagai sesuatu yang baik dan bukan keburukan.

Tingkatkan semangat anak anda apabila mereka melakukan sesuatu kesilapan. Jangan sesekali melenting dan marah kepada mereka. Terima mereka seadanya. Ini penting untuk meningkatkan kreativiti mereka suatu masa nanti.

cara-motivasikan-anak-jomdaftartadika-com

Anak-anak harus didedahkan dengan teknik dan perjalanan yang menarik jika kita mahu lihat anak-anak yang cerdas dan pintar, banyak perkara yang kita tidak sedar sebenarnya memainkan peranan penting dalam pembesaran mereka Ada cadangan yang boleh kami berikan bagi membantu anak anda pintar!

Cuba Sekarang

 

4. Pertimbangkan Keupayaan Mereka

Sebagai ibu bapa mereka harus tahu keupayaan anak mereka dan keluarkan keupayaan mereka dengan lebih serius. Bukannya menyuruh mereka buat apa yang kita boleh buat sedangkan mereka tidak mampu untuk buat. Sebagai contoh, jika minat anak anda tahu bermain piano, beri sokongan kepada mereka  dan bantu mereka merealisasikan impian mereka.

5. Memberi Penghargaan

Penghargaan di sini bukanlah wajib sebagai ibu bapa untuk memberikan hadiah. Sebagai contoh, apabila anak anda berjaya bangun awal pagi untuk ke sekolah, beri keujian kepada mereka. Secara tidak langsung ia akan memberi motivasi untuk mereka untuk sentiasa kekal konsisten membuat perkara yang sama.

Menjadi Contoh

Penting untuk ibu bapa menjadi contoh terbaik untuk anak mereka, gunakan kata-kata yang baik untuk mengajar sesuatu kepada anak anda. Kanak-kanak banyak belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar.

Jika banyak perkara baik yang mereka dengar dan lihat, maka secara tidak langsung akan mendorong perlakuan yang baik dalam diri mereka.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.