Home / Little Caliphs News /

5 Permainan Mudah Untuk Mengajar Anak Anda Bagaimana Untuk Berenang

5-permainan-mudah-untuk-mengajar-anak-anda-berenang-jomdaftartadika

5 Permainan Mudah Untuk Mengajar Anak Anda Bagaimana Untuk Berenang

by admin

Selain dari menitikberatkan soal akademik, amat penting untuk ibu bapa mengajar anak mereka cara untuk berenang, keselamatan dalam air dan mencintai akuatik.

Merujuk kepada Gillian Chassels, terdapat 7 permainan mudah untuk ajar anak anda bagaimana untuk berenang.

1) Permainan Bercakap Dengan Ikan

Ajar anak anda bercakap dengan ikan di dalam air dengan meniup air untuk mengeluarkan gelembung air dan letakkan telinga dalam air seolah berpura-pura mereka mendengar jawapan daripada ikan.

2) Permainan Menangkap Ikan

Boleh dilakukan dalam kolam yang cetek. Ajar mereka memasukkan lengan mereka ke dalam air untuk menangkap ikan dan menghayunkan tangan mereka seolah mereka sedang berenang. Sambil menangkap sambil menyanyikan lagu untuk mewujudkan suasana gembira.

3) Permainan Motorbot Depan Terapung

Pegang anak anda di bawah tangannya sambil menghadap anda. Dan mula menhayunkan kaki mereka seperti mereka sedang terapung. Gerakkan mereka seolah-olah mereka sedang berjalan sambil menyanyikan lagu motorbot.

4) Permainan Lampu Merah, Lampu Hijau

Boleh dibuat di dalam kolam yang cetek. Suruh mereka ke tepi dinding kolam, dan apabila anda menyebutkan lampu hijau suruh mereka menendang air dengan laju, dan apabila menyebut lampu merah mereka berhenti.

5) Permainan Melompat Menjunam

Suruh anak anda berdiri di atas lutut anda dan anda memegang pinggang anak anda. Minta anak anda untuk melompat-lompat dan menjunam untuk mereka belajar cara untuk mengapungkan diri. Selepas beberapa ketika, lepaskan mereka untuk beri mereka bebas untuk berenang sambil diperhatikan oleh anda.


anak-berenang-jomdaftartadika-com

Berenang merupakan salah satu kegemaran sukan Rasulullah swt., ramai ibubapa telah mula mengajar anak-anak mereka berenang sejak kecil lagi dan ini merupakan suatu tindakan yang sangat baik, bagi yang mahu tahu teknik yang betul untuk boleh mengajar anak anda sendiri cara untuk berenang walaupun anda belum betul-betul mahir.

Cuba Baca Ini !

 

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.