Home / Little Caliphs News /

5 Rahsia Mudah Buat Anak Tak Sabar Nak Pergi Sekolah

5-rahsia-mudah-buat-anak-tak-sabar-nak-pergi-sekolah-jomdaftartadika

5 Rahsia Mudah Buat Anak Tak Sabar Nak Pergi Sekolah

by admin

Sekolah merupakan tempat untuk anak-anak kita menimba ilmu. Tetapi sejauh mana sekolah dapat memberikan kesan positif pada diri anak kita. Dan kita sebagai ibu bapa, apa peranan kita untuk menwujudkan rasa cinta dan suka pada sekolah ataupun tadika.

“Tugas kita adalah untuk membantu anak-anak kita melihat sekolah sebagai tempat yang bahagia untuk untuk mereka,” kata Carissa Olivi, bekas guru prasekolah yang kini dalam lembaga pendidikan di Orange, NJ. Oleh itu, ada beberapa cara untuk membantu anak kita rasa suka pada sekolah mereka.

1. Menepati Masa

Menepati masa di sini bermaksud ibu bapa harus pastikan anak mereka sampai awal dan tepat pada waktunya. Jika mereka sampai lewat ke kelas, mereka akan berasa malu kerana pelajar-pelajar lain sudah mula belajar dan mungkin akan mentertawakan anak kita.

Sebagai ibu bapa pula, kita kena sampai tepat pada waktunya untuk mengambil anak kita. Jika tidak anak kita akan timbul rasa tidak senang hati kerana melihat kawan-kawannya yang lain gembira bersama ibu bapa mereka. Anak kita akan berasa malas untuk ke sekolah apabila perasaan tersebut timbul.

 2. Berkerjasama Dengan Guru

Jika sekolah tidak berjalan dengan lancar untuk anak kita, kebiasaannya kita akan menyalahkan guru. Tetapi tuduhan pasti memakan diri, walaupun jika guru benar-benar adalah sebahagian daripada masalah.

“Sebaliknya, katakan dengan cara yang tidak mengancam kepada guru yang anda bimbang tentang anak anda, dan bertanya bagaimana anda boleh bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah ini.

3. Mengambil Peduli

Hadkan waktu kerja anda. Bantu anak anda di dalam bilik darjah, mengambil bahagian dalam memberi sumbangan, menyertai PIBG, membaca tentang berita sekolah. Penglibatan anda membolehkan anak anda tahu bahawa sekolah adalah sebahagian daripada dunia anda juga.

Secara tidak langsung ia baik untuk kepentingan anak anda. Jika anda bekerja sepenuh masa atau atas sebab-sebab lain dan tidak boleh buat apa-apa komitmen, anda masih boleh terlibat melalui aktiviti-aktiviti selepas sekolah atau beri sumbangan lain.

 4. Soal Anak Anda

Untuk membina hubungan yang kuat antara rumah dan sekolah, anda perlu mempunyai rasa apa yang berlaku di dalam kelas anak anda. Ibu bapa perlu sentiasa duduk bersama anaknya di sebelah petang dan memberi mereka 15 minit perhatian yang tidak berbelah bahagi untuk mereka.

Di samping itu, anda akan mengetahui masalah yang mereka hadapi di sekolah dan usaha untuk menyelesaikannya.

5. Penekanan Tentang Pengajaran

Ibu bapa boleh memberi pengajaran kepada anak mereka tentang kelebihan pergi ke sekolah. Beri tahu kepada anak anda yang sekolah sangat menyeronokkan dan pembelajaran di sekolah sangat tertarik. Secara tidak langsung akan timbul rasa semangat dalam diri anak untuk pergi ke sekolah.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.