lakukan-5-perkara-ini-untuk-dapat-anak-yang-beradab-dan-soleh-jomdaftartadika

Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Dapat Anak Yang Beradab dan Soleh

by admin

Telah menjadi impian setiap ibu bapa untuk memastikan anak mereka sentiasa berkelakuan dan beradab yang baik. Tetapi, ibu bapa harus memahami asas akhlak yang baik kerana akan membantu anda mengajar akhlak yang baik kepada anak anda.

Di sini ada beberapa cara untuk ibu bapa mengajar anak mereka tentang adab yang baik.

1. Peka Tentang Hormat

Percaya atau tidak, ibu bapa akan mula mengajar anak mereka ketika mereka masih dalam bayi lagi. Tetapi kebanyakkan ibu bapa tidak menitikberatkan soal hormat kepada anak mereka. Ibu bapa harus menunjukkan sifat hormat itu sendiri supaya anak mereka boleh ikut walaupun mereka masih kecil.

Setiap perkara baik yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak mereka kecil akan menyebabkan sifat baik akan timbul dan secara tidak langsung akhlak dan adab yang baik akan lahir.

  2. Mengajar Kata-Kata Sopan Semasa Kecil

Ibu bapa boleh mengajar anak mereka kata-kata yang baik seperti perkataan ‘tolong’ dan ‘terima kasih’. Ajarkan mereka menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila ingin meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila telah mendapat sesuatu dan sebagainya.

Selain itu, perkataan ‘sila’ juga boleh untuk anak anda apabila mereka ingin menyuruh sesuatu. Secara tidak langsung mereka akan terbiasa menggunakan perkataan tersebut dari kecil.

Tudung My Love

3. Seorang Model

Ibu bapa harus biasa gunakan perkataan yang baik-baik kerana mereka sentiasa diperhatikan oleh anak mereka. Anak-anak akan sentiasa menganggap ibu bapa mereka sebagai model atau idola mereka. Mereka akan ikut setiap gerak geri dan tingkah laku ibu bapa mereka.

 4. Mengajar Gunakan Nama Panggilan

Ibu bapa harus mengajar anak mereka untuk panggil nama dahulu sebelum meminta sesuatu. Dan menggunakan perkataan ‘sila’ jika ingin menyuruh sesuatu. Sebagai contoh, “ayah, boleh saya minta sesuatu?”. “ibu, sila ambil barang tersebut untuk saya”.

5. Jangan Memaksa

Bahasa yang baik adalah untuk dinikmati dan dihayati, bukan untuk dipaksa. Jangan sesekali menengking atau memarahi anak anda untuk melakukan sesuatu atau apabila mereka membuat silap. Sebaliknya, tegur dan ajar mereka dengan lemah lembut kerana mereka akan lebih mudah dekat dengan kita untuk diajar.

Kanak-kanak pada asalnya mempunyai sifat yang lembut. Jadi, jangan paksa mereka dengan keras. Mereka tidak tahu apa-apa. Jadi, tunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.