4-tips-supaya-anak-suka-bertudung-jomdaftartadika

4 Tips Supaya Anak Suka Bertudung

by admin

Menutup aurat atau bertudung sememangnya suatu perkara yang mulia di sisi Islam. Namun amat penting untuk kita terapkan dalam diri anak kita untuk bertudung sejak dari kecil.

Merujuk Firdaus Azizi, terdapat 4 tips supaya anak suka bertudung.

1) Biasakan Anak Pakai Headband Atau Topi

Ibu bapa harus membiasakan anak mereka untuk memakai headband atau topi di kepala mereka supaya apabila kita menyuruh mereka memakai tudung nanti mereka tidak rasa rimas kerana sudah biasa memakai sesuatu di kepala.

2) Asal Keluar Rumah, Pakai Tudung

Ibu bapa harus membiasakan anak perempuan mereka memakai tudung apabila hendak keluar dari rumah supaya perkara tersebut menjadi satu tabiat atau habit kepada mereka.

3) Belikan Tudung ‘Instant’ Yang Selesa

Tudung ‘Instant’ amat mudah untuk dicari bagi kanak-kanak. Ini untuk memudahkan mereka memakai tudung tanpa kesukaran. Dan pastikan membeli tudung ‘instant’ yang selesa untuk mereka.

4) Doa Dan Minta Dipermudahkan Oleh Allah

Ini merupakan tips yang terakhir selepas melakukan semua tips. Ini sebagai cara yang terakhir yang kita boleh lakukan dengan berdoa supaya anak kita mengamalkan cara hidup Islam yang sempurna.


ajar-anak-tutup-aurat-jomdaftartadikaKita semua tahu dengan memaksa anak kita untuk melakukan sesuatu walaupun perkara itu baik untuk mereka ianya masih tidak akan berhasil. Kanak-kanak tidak suka untuk dipaksa dalam melakukan sesuatu.

Banyak rahsia yang perlu kita tahu dalam membuatkan anak selesa untuk kita didik mereka.

Cuba Baca Ini!

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.