Home / Little Caliphs News /

11 Cara Untuk Membina Jati Diri Dalam Diri Orang Muda Muslim

11-cara-untuk-membina-jati-diri-dalam-diri-orang-muda-muslim-jomdaftartadika

11 Cara Untuk Membina Jati Diri Dalam Diri Orang Muda Muslim

by admin

Menjadi malu atau segan, sederhana dalam berpakaian, pertuturan, dan tingkah laku yang dianggap sesuatu yang kuno. Namun, ini adalah satu kuasa utama dalam Islam. Ini yang  membezakan seorang yang beriman dan takwa.

Merujuk kepada Samana Siddiqui, Ada 11 cara untuk membina jati diri dalam diri orang muda Muslim.

1) Kita Mulakan Dulu – IbuBapa

Ibu bapa adalah model peranan utama kanak-kanak. Jadi, ibubapa haruslah mencerminkan keperibadian yang baik untuk ditunjukkan kepada anak-anak kerana anak ibarat kain dan ibu bapa yang mencorakkannya.

2) Jangan Jadikan Jati Diri Itu “Double Standard”

Pentingnya jati diri ini untuk setiap Muslim. Kita jangan jadikan ianya sesuatu perkara yang remeh kerana perkara ini yang mencerminkan kita pada masa akan datang.

3) Memantau Penggunaan Media Kanak-Kanak

Ibu bapa harus memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka. Sebagai contoh rancangan cerita yang mereka tonton dan sebagainya untuk mengelakkan perkara negatif berlaku.

4) Berpaling Daripada Perkara Yang Kita Tidak Boleh Elakkan

Anda boleh mematikan televisyen, atau matikan komputer atau telefon bimbit untuk mengelakkan daripada perkara-perkara negatif. Kita elakkan perkara tersebut awal-awal sebelum kita menghadapinya atau jika kita telah melaluinya ajarkan kepada anak kita untuk menyebut ‘Astaghfirullah’.

5) Allah Sentiasa Memerhati Dan Amalan Dicatat

Ibu bapa harus mengigatkan kepada anak mereka yang Allah sentiasa memerhati mereka. Ini adalah satu konsep Islam utama yang kita belajar dari zaman kanak-kanak, tetapi ia perlu diulangi kepada  anak-anak kita ketika permulaan matang umur 9 atau 10 tahun.

bina-jati-diri-jomdaftartadika-com

Cuba Baca Ini

6) Apa Yang Nabi Muhammad Lakukan?

Ini adalah soalan yang kita perlu tanya diri kita sendiri dan mengajar anak-anak kita untuk bertanya apabila berhadapan dengan semua jenis situasi. Galakkan kanak-kanak untuk melakukan perkara yang sama apabila datang kepada mereka sesuatu perkara atau keadaan. Ini kerana Nabi Muhammad adalah petunjuk kepada kita semua.

 

7) Ada ‘percakapan’ Secara Islamik

Walaupun ramai ibu bapa yang amat takut untuk “bercakap” mengenai seks, ia lebih perlu hari ini berbanding sebelum ini. Anak-anak perlu belajar lebih awal mengenai isu-isu seksual melalui pendedahan kepada internet dan lebih banyak kandungan grafik di televisyen.

8) Cari Dan Tetapkan Model Berkenaan

Cari model peranan dalam komuniti anda yang anda rasa mengekalkan garis panduan Islam kesopanan baik dan jika mereka adalah sebaya dengan anak-anak anda sendiri, galakkan persahabatan antara mereka.

9) Tunjukkan Cara Berpakaian Kepada Mereka Dan Kemudian Beri Kebebasan

Ajarkan kepada anak anda cara berpakaian yang mengikut garis panduan Islam. Selepas mengajar mereka kemudian beri mereka kebebasan untuk memilih mengikut cara mereka sendiri. Supaya kita boleh melihat sejauh mana pemahaman mereka.

10) Cari Yang Halal Dan Keseronokan Dengan Jantina Yang Sama

Ajar anak anda untuk mencari perkara-perkara yang halal dan kawan-kawan yang boleh memberi manfaat yang baik kepada mereka.

11) Berdoa

Ibu bapa boleh melakukan apa sahaja tetapi semua perkara bergantung kepada ketentuan Allah. Jadi peranan terakhir ibu bapa cukuplah dengan mendoakan anak mereka untuk menjadi yang lebih baik pada diri, keluarga, dan agama.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.