10-tip-untuk-membantu-anak-anda-mudah-tidur-jomdaftartadika

10 Tip Untuk Membantu Anak Anda Mudah Tidur

by admin

Tidur yang baik merupakan sesuatu yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk anak mereka. Ini untuk memastikan kecerdasan akal dan minda yang baik untuk anak anda.

Dalam proses untuk tidur yang baik waktu malam telah ditunjukkan cara daripada doktor, pakar tidur, dan penyelidik di Institut Kesihatan Kebangsaan di Bethesda, MD. Ada beberapa tips yang ibu bapa boleh amalkan.

1. Elakkan Makan Besar Sebelum Tidur

Pemakanan yang diambil sebelum tidur amat tidak baik untuk anak anda dan harus dielakkan. Apatah lagi makanan yang diambil dalam kuantiti yang baik. Sebagai ibu bapa, mereka harus elakkan anak mereka daripada mengambil makanan yang berat sebelum mereka tidur.

Lebih-lebih lagi makanan atau minuman yang mengandungi kafein. Makanan ini harus dielakkan oleh anak mereka seeloknya 6 jam sebelum tidur.

2. Elakkan Aktiviti Yang Merangsangkan Selepas Makan Malam

Selepas makan, jauhi anak anda daripada aktiviti yang boleh membuatkan mereka segar seperti menonton televisyen, atau aktiviti lain. Ini kerana ia akan buat anak anda tidak ada mood untuk tidur dan ingin berjaga sepanjang malam.

Amalkan anak anda untuk buat aktiviti yang boleh beri mereka mengantuk seperti membaca dan sebagainya.

3. Memberi Amaran

Beri amaran anak anda untuk tidur dalam masa lima minit, atau memberinya pilihan – “Adakah anda mahu pergi tidur sekarang atau dalam masa lima minit anda akan…”. Sedikit sebanyak cara ini akan buat mereka takut membuat aktiviti lain dan terus tidur.

Tetapi jangan sehingga memaksa atau menggunakan tangan anda untuk menyuruh mereka tidur.

 4. Membuat Rutin Tidur Yang Konsisten

Ibu bapa boleh menubuhkan rutin tidur yang konsisten dan santai yang berlangsung antara 20 dan 30 minit dan berakhir di bilik tidur anak anda. Elakkan daripada bercerita tentang perkara-perkara yang menakutkan atau rancangan TV.

Adalah lebih baik untuk beri anak anda membaca buku kegemaran setiap malam daripada buku yang baru kerana mereka sudah biasa.

5. Elakkan Menyanyi Atau Goyang Anak Anda Ketika Tidur

Ibu bapa harus elakkan menyanyi atau goyang anak anda untuk tidur, kerana jika dia terjaga di tengah-tengah malam dia mungkin memerlukan anda untuk menyanyi atau goyang mereka kembali untuk tidur. Secara tidak langsung akan mengganggu tidur anda.

Jika anda telah melakukan ini, cuba untuk menghentikan tingkah laku ini secara beransur-ansur. Sebaliknya, cuba gunakan dengan objek peralihan  seperti selimut kegemaran atau haiwan(patung) untuk tidurkan anak anda.

anak-tidur-jomdaftartadika-com

Keselesaan anak ketika tidur amat penting dan kebiasaanya bagi kanak-kanak muslim ibubapa mereka akan berzikir ketika menidurkan anak. Disini ada disertakan DVD nasyid dan zikrullah bagi kanak-kanak.

Tekan Disini

 6. Pastikan Anak Anda Selesa

Ibu bapa harus memastikan anak mereka berada dalam keadaan selesa ketika tidur. Elakkan pakaian atau selimut yang boleh menyekat pergerakan mereka. Pastikan suhu bilik berada tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas supaya anak anda menikmati tidur mereka.

 7. Tunggu Sebentar Jika Anak Anda Memerlukan Anda

Jika anak anda memerlukan anda selepas anda meninggalkan biliknya, tunggu beberapa saat sebelum bertindak balas. Ini akan mengingatkan bahawa anak anda harus tidur, dan ia akan memberi peluang untuk mereka menenangkan dirinya dan juga kembali tidur semasa dia sedang menunggu untuk anda datang.

 8. Suruh Anak Anda Tidur Jika Mereka Keluar Dari Biliknya

Jika anak anda keluar dari biliknya selepas anda meletakkan mereka untuk tidur, berjalan kembali dan perlahan-lahan kepada mereka dan tegas mengingatkan mereka untuk tidur semula. Bercakap dengan lemah lembut kepada mereka dan bawa mereka semula ke bilik untuk tidur.

 9. Berikan Sesuatu Kepada Anak Anda Untuk Tidur

Berikan alat atau sesuatu benda untuk mengatasi kebimbangan anak anda. Ibu bapa boleh berikan anak mereka lampu suluh, botol semburan dipenuhi dengan “semburan raksasa,” atau seekor haiwan atau ‘teddy bear’ besar untuk ‘melindungi’ anak anda ketika mereka tidur.

 10. Berikan Ganjaran

Ibu bapa boleh membuat sistem ganjaran. Ini bermaksud setiap malam anak anda pergi tidur pada masa dan waktunya di tempat tidur sepanjang malam, mereka akan mendapat bintang. Jadi mereka harus mengumpulkan bintang tersebut dengan banyak.

 

Selepas mereka mengumpul bintang dengan banyak, berikan mereka hadiah sebagai ganjaran supaya mereka lebih gembira dan berminat untuk tidur selepas ini tanpa disuruh.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.