Home / Little Caliphs News /

10 Tips Ibu Bapa Mendidik Anak Remaja Muslim

10-tips-ibu-bapa-mendidik-anak-remaja-muslim-jomdaftartadika

10 Tips Ibu Bapa Mendidik Anak Remaja Muslim

by admin

Orang Islam yang telah berkembang di Barat bertanya apakah beberapa perkara-perkara praktikal ibu bapa boleh lakukan untuk membantu remaja Muslim mengekalkan akhlak Islam mereka.

Merujuk kepada Samana Siddiqui, Ada 10 cara untuk ibu bapa mengekalkan remaja yang Muslim.

1) Mengurangkan Atau Mengubah Waktu Kerja Dan Bertukar Untuk Bersama Keluarga

Ia menjadi lebih baik jika ibu bapa banyak meluangkan masa bersama anak-anak daripada hanya mengutamakan kerja. Ibu bapa boleh memantau dan memupuk nilai Islam sebenar dalam diri anak mereka.

2) Baca Al-Quran, Memahami Maksudnya Selama Lima Minit Setiap Hari

Ibu bapa boleh mengajar anak mereka untuk membaca dan memahami al-Quran. Boleh dilakukan sebelum mereka pergi ke sekolah atau tadika untuk mereka membaca dan memahami al-Quran walaupun hanya 5 minit.

3) Menghadiri Halaqah Mingguan

Halaqah adalah satu majlis ilmu untuk menambahkan pengetahuan. Ibu bapa boleh membawa anak mereka untuk menghadiri halaqah pada hujung minggu untuk menambahkan pengetahuan anak mereka.

4) Ambil Minat Apa Yang Mereka Lakukan

Ibu bapa harus tunjukkan minat terhadap apa yang anak mereka lakukan seperti menghadiri sukan tahunan sekolah anak mereka dan memberi suntikan semangat untuk mereka. Ini akan menyebabkan mereka rasa dihargai.

5) Jangan Sekadar Menjadi Ibu Bapa Tetapi Menjadi Rakan Rapat Mereka

Menjadikan anak sebagai rakan rapat adalah seperti memberi mereka satu tanggungjawab dalam keluarga. Dengan cara ini remaja akan merasakan diri mereka sebahagian daripada keluarga dan diperlukan.

6) Membina Masjid Di Dalam Rumah

Jadikan satu bilik di dalam rumah sebagai ruang masjid. Kemudian, tanggunjawabkan kepada anak-anak untuk menjaga dan menghidupkan masjid/surau tersebut seperti bacaan Quran dan sebagainya.

7) Mewujudkan Perpustakaan Di Dalam Rumah

Lengkapkan rumah anda dengan perpustakaan Islam dan memperbanyakkan buku-buku berkaitan Islam. Ini akan memupuk nilai membaca dalam diri anak-anak.


didik-anak-cara-islam-jomdaftartadika-com

Menjadi keutamaan bagi setiap ibubapa untuk mempunyai keluarga yang hidup di dalam pencarian rezeki yang halal, pasti kita akan hidup tenang mengetahui apa yang kita buat setiap hari itu selamat dan sejahtera. Mencari rezeki  yang halal itu mudah tapi apa rahsianya?

Cuba Baca Ini!

 

8) Mengadakan Pertemuan Mingguan Dalam Keluarga

Tujuan adalah untuk mengatahui atau mengenal pasti masalah yang timbul dalam keluarga. Dan memberi jalan penyelesaian dan sebagainya. Anak-anak akan menceritakan masalah yang mereka hadapi apabila pertemuan mingguan keluarga ini dapat dilakukan.

9) Menghormati Remaja Anda

Menghormati remaja anda bermakna tidak melayan mereka seperti bayi tidak cekap, tetapi seperti yang matang dewasa, tidak memalukan dan menghina mereka. Libatkan mereka dalam aktiviti berguna dan mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara penting.

10) Membawa Mereka Keluar Kepada Aktiviti Islam

Daripada membawa mereka ke restoran dan tempat-tempat yang tidak bermanfaat. Ada lebih baiknya membawa mereka melakukan aktiviti Islam seperti menghadiri majlis ilmu dan aktiviti yang lain.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.