Home / Little Caliphs News /

10 Aktiviti Rangsang Fizikal Dan Mental Anak Genius

10-aktiviti-rangsang-fizikal-dan-mental-anak-genius-jomdaftartadika

10 Aktiviti Rangsang Fizikal Dan Mental Anak Genius

by admin

Kanak-kanak dan permainan tidak boleh dipisahkan. Salah satu cara untuk mengembangkan fizikal dan mental mereka adalah dengan membuat aktiviti. Bukan dengan hanya belajar dan terperap dalam bilik lama-lama.

Merujuk kepada Hasnita Pama, terdapat 10 aktiviti rangsang fizikal dan mental anak anda.

1) Berseronok Di Taman Permainan

Biarkan anak anda bebas dan berlari-lari di taman permainan dan mencuba setiap permainan yang ada di taman permainan tersebut. Aktiviti ini dapat membantu menguatkan otot dan fizikal mereka.

2) Melihat Kehijauan

Bawa anak anda berjalan-jalan sekitar taman atau halaman rumah sambil melihat pokok-pokok atau kehijauan yang lain. Minta mereka bau atau hidu tumbuhan tersebut dan namakan tumbuhan tersebut. Secara tidak langsung akan mengajar anak anda mengenali tumbuhan.

3) Berenang

Kanak-kanak memang suka kepada air. Jadi tidak salah ibu bapa membawa mereka ke kolam renang setiap hujung minggu. Aktiviti ini dapat menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.

4) Bermain Pasir Pantai

Biarkan anak anda bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata dan tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dengan mereka cipta.

5) Berkebun

Rajinkan anak anda untuk melakukan aktiviti berkebun di halaman rumah. Berkebun mengajar si cilik erti tanggungjawab, disiplin tanpa perlu dipaksa, menghargai alam semula jadi, mempelajari sains dan peka kepada alam semula jadi.

6) Bermain Belon

Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang boleh mengujakan anak anda. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan koordinasi mata – tangan anak. Menepuk belon kepada orang lain akan meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial si manja.

7) Bermain Bola

Bola sangat sinonim dengan lelaki. Tetapi anak perempuan juga boleh bermain bersama. Anda boleh membaling bola kecil kepada si manja dan menyuruhnya menyambut bola serta memasukkan ke dalam bakul. Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata dan tangan anak anda.

8) Melukis Di Luar

Banyakkan membuat aktiviti luar seperti melukis daripada membuat aktiviti di dalam rumah. Jadi bawa anak anda pergi ke taman dan berikan mereka pensil dan warna serta kertas untuk mereka melukis. Cara ini membantu merangsang daya kreativiti dan imaginasi kanak-kanak.

9) Bermain Dengan Haiwan Peliharaan

Kanak-kanak sememangnya menyukai haiwan. Ibu bapa harus mendedahkan anak mereka untuk mengenali dan menyayangi haiwan. Aktiviti ini melatih pelbagai aspek kognitif, sosial, emosi dan fizikal. Pemerhatian dan penyeliaan ibu bapa diperlukan supaya anak mencapai potensi optimum dalam dirinya.

10) Membeli Belah Bersama

Bawalah anak anda bersama-sama membeli belah. Ibu bapa boleh mengajar anak mereka tentang keperluan yang harus dibeli dan mengapa harus membeli keperluan tersebut. Secara tidak langsung ini boleh menambahkan pengetahuan mereka dan rasa tanggungjawab.

Related posts:

Share this article

Leave a comment

Your email address will not be published.